Powered By Blogger

Nasib...

    Pada suatu hari, seorang budak bernama Christopher tercari-cari sesuatu di sekitar sekolah. Dia tercari-cari sesuatu kerana seekor kucing yang suka membuat kecoh di sekolah tersebut.

   Christopher amat bencikan kucing tersebut. Suatu peristiwa yang menyebabkan dia bencikan kucing tersebut ialah ketika kucing itu cuba menangkap haiwan peliharaannya iaitu 'kluang'. Kluang telah mati akibat kenakalan kucing tersebut.

   Ada seorang budak yang bernama Jiovanny sedang bermain bola bersama-sama rakannya. Sedang asyik bermain, dia tidak menyedari bahawa ada seekor kucing tua sedang berjalan dengan selambanya menuju ke arah beg Jiovanny.
Kemudian, kucing itu mengeluarkan jurus terhebatnya. Iaitu dengan berkencing di atas beg tersebut. Jiovanny hanya melihat dengan hampanya kesan peninggalan kucing tersebut. Christopher yang kebetulan lalu di situ, ternampak kejadian tersebut. Christopher ketawa berdekah-dekah.(tak guna..) "Baguskan...?" tanya Christopher.

   Setiap kejadian yang berlaku di depannya pasti Christopher akan ketawa (menyakitkan hati betol). Menggantikan posisi Jiovanny dalam bola sepak, dia telah melupakan tugas utamanya. Dia telah berjaya menjaringkan 3 gol bagi pasukan Jiovanny. Dalam perlawanan seterusnya, Jiovanny duduk di bangku melihat pasukannya bermain. Christopher yang cuba menyapa Jiovanny tiba-tiba terjatuh.. Nak tau jatuh atas apa? Jatuh atas taik kucing yang menyakitkan. Jiovanny segera pergi ke arah kejadian. "Oi! Siapa jatuhkan dia ni?! Ini dikira Foul". Kemudian seorang rakannya berkata "takdenye Foul, setakat jatuh atas taik kucing" Jiovanny pun ketawa berdekah-dekah.
"Baguskan...? tanya Jiovanny.

   
   Christopher berasa malu. Dia meneruskan tugas utamanya iaitu mencari kucing yang nakal itu. Kemarahannya terhadap kucing itu telah membara. Setiap kali dia ternampak kucing, dia akan me'nandang'nya di khalayak ramai...