Powered By Blogger

Sunday, 17 April 2011

Nasib...

 Pada suatu hari, seorang budak bernama Christopher tercari-cari sesuatu di sekitar sekolah. Dia tercari-cari sesuatu kerana seekor kucing yang suka membuat kecoh di sekolah tersebut.

   Christopher amat bencikan kucing tersebut. Suatu peristiwa yang menyebabkan dia bencikan kucing tersebut ialah ketika kucing itu cuba menangkap haiwan peliharaannya iaitu 'kluang'. Kluang telah mati akibat kenakalan kucing tersebut.

   Ada seorang budak yang bernama Jiovanny sedang bermain bola bersama-sama rakannya. Sedang asyik bermain, dia tidak menyedari bahawa ada seekor kucing tua sedang berjalan dengan selambanya menuju ke arah beg Jiovanny. Kemudian, kucing itu mengeluarkan jurus terhebatnya. Iaitu dengan berkencing di atas beg tersebut. Jiovanny hanya melihat dengan hampanya kesan peninggalan kucing tersebut. Christopher yang kebetulan lalu di situ, ternampak kejadian tersebut. Christopher ketawa berdekah-dekah.(tak guna..) "Baguskan...?" tanya Christopher.

   Setiap kejadian yang berlaku di depan Christopher pasti dia akan ketawa. Menggantikan posisi Jiovanny dalam bola sepak, dia telah melupakan tugas utamanya. Dia telah berjaya menjaringkan 3 gol bagi pasukan Jiovanny. Dalam perlawanan seterusnya, Jiovanny duduk di bangku melihat pasukannya bermain. Christopher yang cuba menyapa Jiovanny tiba-tiba terjatuh.. Nak tau jatuh atas apa? Jatuh atas tahi kucing yang ~sungguh enak di***** begitu saja. Jiovanny segera pergi ke arah kejadian. "Oi! Siapa jatuhkan dia ni?! Ini dikira Foul". Kemudian seorang rakannya berkata "takdenye Foul, setakat jatuh atas taik kucing" 
"Baguskan...? tanya Jiovanny.

   
   Christopher berasa malu. Dia meneruskan tugas utamanya iaitu mencari kucing yang nakal itu. Kemarahannya terhadap kucing itu telah membara. Setiap kali dia ternampak kucing, dia akan me'nandang'nya di khalayak ramai...

Suara Yang Pelik

Aku mempunyai seorang kawan yang pelik bernama Lutfil Hade. Dia memiliki deria pendengaran yang tajam. Aku pun mengakui kehebatannya dalam mendengar ini (Tipu jer..).

   "Lutfil, dengar tak orang mintak tolong tu?" Antara soalan yang diajukan olehku. Pada ketika itu, aku tidak dapat mendengar dengan jelas. "Kehebatanku dalam mendengar boleh mengatasi sepantas mana monyet memanjat" Kata-kata yang menjengkelkan yang diberikan olehnya. "Dalam hatiku berkata bahawa suara tersebut adalah suara Flora memanggil awak, Hade" jawabku dengan membalas balik ucapannya sebentar tadi. "FLORA?!!". Hade terperanjat. Aku pun menjawab "Maksudku, alam yang indah ini menyerumu" Terpelancis air liur Hade mendengar kata-kataku...

   Misteri mengenai suara itu masih menjadi tanda tanya. "Hade, kau dapat follow tak suara yang pelik tu menggunakan kebolehan unikmu itu (mana ada)". Jawabnya pula " Aihh, biasalah orang Terer." Aku pun membalas "Aku tanya, engkau dapat tak follow suara tu? Bila masa pulak aku suruh engkau meninggi diri?" Dengan malunya dia menganggukkan kepalanya (Goyang-goyang) sebagai tanda mahu menolong mencari suara itu..

    Dengan seriusnya, kami pun mula mencari suara itu. Tidak lama kemudian, kami tiba di sebuah rumah yang terbiar. "WOW, cantik rumah ini" Kataku.
"Jom masuk" kata Hade. Hade seorang yang penakut juga. Dia sentiasa berselindung disebalikku ketika berjalan masuk ke dalam rumah tersebut.

    Hade merasakan suatu aura yang aneh. Kemudian, dia ternampak lembaga yang aneh sedang berlari dengan pantas.Hade berkata kepadaku "Kelapa Sawiet...sebentar tadi aku ternampak lembaga. Tapi dalam keadaan selaju itu, aku tidak nampak wajah sebenarnya." Kami berjalan ke arah lembaga itu. Dengan terperanjatnya kami berlari dengan pantas. Rupa-rupanya, kami terdengar suara dan ternampak wajah *Habib -budak yang nakal..

   Kami pun berlari tak kira ke mana arah yang hendak dituju. Setelah pulang ke rumah, aku cuba untuk melupakan peristiwa tersebut....

Sunday, 10 April 2011

Akibat Terlalu Seronok

    Aku mempunyai seorang rakan yang bernama  Habib. Habib seorang budak yang nakal. Dia sentiasa menyusahkan orang lain. Ramai pelajar tidak suka akan kelakuannya itu. Namun begitu, hubungan persahabatan kami masih kekal (mungkin).


    Peristiwa pertama, Habib pergi ke kedai buku untuk membeli majalah yang menjadi kegemarannya. Dia keliru untuk memilih majalah apa yang hendak dibeli olehnya. Oleh itu, dia mengambil keputusan dengan membelek kesemua buku di kedai itu. Tuan kedai yang sedang asyik mendengar lagu 'Terpelancis' terkejut melihat apa yang dilakukan oleh Habib. Habib yang sedang seronok membaca tidak sedar bahawa tuan kedai sedang meletakkan kertas yang bertulis "saya gila" di belakangnya...Kemudian, Habib berlalu pergi dari situ. Ramai orang tersenyum ke arahnya.


    Peristiwa kedua, Habib mengacau seorang perempuan yang bernama Flora. Sejak dulu lagi, Habib suka mengacau perempuan itu (entah kenapalah). "Hahahaha, mana Fauna" salah satu daripada cara Habib mengacaunya. Terlalu seronok mengacau, Habib tidak sedar bahawa Flora sedang cuba untuk menjatuhkannya. Habib jatuh lalu menangis kerana kalah terhadap perempuan...(Hahaha! padan muka!)


Habib menjadi Trauma
    Setelah mengharungi kesemua peristiwa itu, Habib menjadi seorang yang pendiam. Dia menjadi trauma akibat sering dikenakan oleh rakan-rakannya sendiri.