Aku mempunyai seorang kawan yang pelik bernama Lutfil Hade. Dia memiliki deria pendengaran yang tajam. Aku pun mengakui kehebatannya dalam mendengar ini (Tipu jer..).
"Lutfil, dengar tak orang mintak tolong tu?" Antara soalan yang diajukan olehku. Pada ketika itu, aku tidak dapat mendengar dengan jelas. "Kehebatanku dalam mendengar boleh mengatasi sepantas mana monyet memanjat" Kata-kata yang menjengkelkan yang diberikan olehnya. "Dalam hatiku berkata bahawa suara tersebut adalah suara Flora memanggil awak, Hade" jawabku dengan membalas balik ucapannya sebentar tadi. "FLORA?!!". Hade terperanjat. Aku pun menjawab "Maksudku, alam yang indah ini menyerumu" Terpelancis air liur Hade mendengar kata-kataku...
Misteri mengenai suara itu masih menjadi tanda tanya. "Hade, kau dapat follow tak suara yang pelik tu menggunakan kebolehan unikmu itu (mana ada)". Jawabnya pula " Aihh, biasalah orang Terer." Aku pun membalas "Aku tanya, engkau dapat tak follow suara tu? Bila masa pulak aku suruh engkau meninggi diri?" Dengan malunya dia menganggukkan kepalanya (Goyang-goyang) sebagai tanda mahu menolong mencari suara itu..
Dengan seriusnya, kami pun mula mencari suara itu. Tidak lama kemudian, kami tiba di sebuah rumah yang terbiar. "WOW, cantik rumah ini" Kataku.
"Jom masuk" kata Hade. Hade seorang yang penakut juga. Dia sentiasa berselindung disebalikku ketika berjalan masuk ke dalam rumah tersebut.
Hade merasakan suatu aura yang aneh. Kemudian, dia ternampak lembaga yang aneh sedang berlari dengan pantas.Hade berkata kepadaku "Kelapa Sawiet...sebentar tadi aku ternampak lembaga. Tapi dalam keadaan selaju itu, aku tidak nampak wajah sebenarnya." Kami berjalan ke arah lembaga itu. Dengan terperanjatnya kami berlari dengan pantas. Rupa-rupanya, kami terdengar suara dan ternampak wajah *Habib -budak yang nakal..


No comments:
Post a Comment