Powered By Blogger

Sunday, 10 April 2011

Akibat Terlalu Seronok

    Aku mempunyai seorang rakan yang bernama  Habib. Habib seorang budak yang nakal. Dia sentiasa menyusahkan orang lain. Ramai pelajar tidak suka akan kelakuannya itu. Namun begitu, hubungan persahabatan kami masih kekal (mungkin).


    Peristiwa pertama, Habib pergi ke kedai buku untuk membeli majalah yang menjadi kegemarannya. Dia keliru untuk memilih majalah apa yang hendak dibeli olehnya. Oleh itu, dia mengambil keputusan dengan membelek kesemua buku di kedai itu. Tuan kedai yang sedang asyik mendengar lagu 'Terpelancis' terkejut melihat apa yang dilakukan oleh Habib. Habib yang sedang seronok membaca tidak sedar bahawa tuan kedai sedang meletakkan kertas yang bertulis "saya gila" di belakangnya...Kemudian, Habib berlalu pergi dari situ. Ramai orang tersenyum ke arahnya.


    Peristiwa kedua, Habib mengacau seorang perempuan yang bernama Flora. Sejak dulu lagi, Habib suka mengacau perempuan itu (entah kenapalah). "Hahahaha, mana Fauna" salah satu daripada cara Habib mengacaunya. Terlalu seronok mengacau, Habib tidak sedar bahawa Flora sedang cuba untuk menjatuhkannya. Habib jatuh lalu menangis kerana kalah terhadap perempuan...(Hahaha! padan muka!)


Habib menjadi Trauma
    Setelah mengharungi kesemua peristiwa itu, Habib menjadi seorang yang pendiam. Dia menjadi trauma akibat sering dikenakan oleh rakan-rakannya sendiri. 



No comments:

Post a Comment